Connect with us

Umum

“Pakai Gaun, F4ke Eye Lashes, Nyanyi Lagu Perawan Janda, GiiIa Ke?” – Kak Ogy Kritik Program Kanak-Kanak

Siapa tak kenal aktress lagenda kita, Kak Fauziah Ahmad Daud seorang yang lantang bila berkata-kata. Baru-baru ini Kak Ogy ada memuat naik kritikannya dilaman youtube berkenaan program nyanyian kanak-kanak. Bagi Kak Ogy, program realiti kanak-kanak yang didakwanya langsung tidak sesuai dengan usia mereka. Maklumlah rata-ratanya berusia antara 7 hingga 12 tahun tetapi di’grooming’ seperti orang dewasa.

Beliau tidak menolak bakat yang terdapat pada kanak-kanak tersebut cuma bagi beliau lagu yang diberi dan pakaian yang disediakan amatlah tidak sesuai. Kanak-kanak dibiarkan memakai gaun, bulu mata palsu dan diberikan lagu-lagu cinta yang sama sekali tidak sesuai untuk umur seperti itu.

“Budak 8 atau 9 tahun pergi ke pentas, pakai gaun,

Crown, dengan lipstik bagai nak rak, false eye lashes lagi.

Berat mata budak tu. Tiba-tiba nyanyi lagu

‘Perawan atau Janda’. GiiIa ke apa?”

Pada pendapat beliau, sepatutnya kanak-kanak tersebut digiIap dengan cara yang betul. Mereka boleh menyanyikan lagu Patriotik ataupun nasyid. Selain itu, perkara sebegini mungkin menyebabkan kanak-kanak ini malu apabila dewasa nanti. Ogy turut menyalahkan produser tentang program tidak sesuai ini.

https://youtu.be/L9CP22EX7OE

Walau bagaimanapun, beliau berharap para produser dapat mengambil iktibar daripada teguran yang dibuat. Teguran itu malah mendapat reaksi positif dari netizen yang sama-sama bersetuju dengan kritikan yang diberikan.

Antara komen lain netizen,

Bagi kami ada betulnya apa yang dikatakan oleh Kak Ogy. Biarlah anak-anak ini melalui hari mereka seperti kanak-kanak yang lain. Apa-apa pun ia terpulang bagaimana cara ibu bapa mencorak kan anak-anak mereka.

Sumber : hai.mehbaca

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Title

Title

error: Content is protected !!