Dollah puji aksi Nwakaeme

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh memuji aksi cemerlang anak-anak buahnya ketika menewaskan Melaka United 3-1 dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Tok Gajah menepati ramalan me­langkah ke pusingan separuh akhir hasil jaringan agregat 6-1 setelah mereka sebelum itu menang 3-0 pada aksi pertama minggu lalu.

Menurut Dollah, pemain Pahang turun dengan sikap enggan mengambil mudah pertemuan kelmarin meski­pun menyedari bahawa mereka memiliki kelebihan tiga gol di tempat lawan.

“Mereka tidak bermain sambil lewa walaupun kami mempunyai bekalan selesa, malah semua pemain telah berjaya memberi komitmen 100 peratus.

“Gol pertama jaringan Lazarus Kaimbi menyuntik semangat pemain lain untuk terus memburu gol bagi memastikan kemaraan pasukan ini ke separuh akhir,” kata Dollah selepas tamat perlawanan.

Menurutnya, meskipun beraksi tanpa tiga tonggak utama iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Safuwan Baharuddin dan Muslim Ahmad, namun ia tidak mendatangkan masalah besar bagi pasukannya.

“Tiga pemain simpanan yang diturunkan turut beraksi dengan baik dan mereka menggunakan peluang yang diberikan ini untuk membuktikan keupayaan masing-masing,” ujarnya.

Pada aksi tersebut, pe­nyerang import, Kiambi meledakkan gol pertama Tok Gajah pada minit ke-41, namun pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Nazrin Nawi pada minit ke-54.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*