Mourinho sangat merindui Real Madrid

Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan sangat menanti-nantikan tawaran daripada Real Madrid untuk kembali ke Santiago Bernabeu.Mourinho men1nggalkan Old Trafford pada Disember lalu selepas dipecat ekoran prestasi terumbang-ambing meĀ­landa pasukan tersebut.

Beliau kemudiannya tidak menyertai mana-mana pasukan sebaliknya bertugas sebagai pengulas bola sepak, namun sumber mendapati peĀ­ngurus dari Portugal itu sangat berminat untuk kembali ke Real.

Antara bulan Mei dan September tahun ini, Mourinho telah menolak beberapa tawaran daripada Monaco, Lille, Wolfsburg, Schalke dan AC Milan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Selain Real. Mourinho juga turut dikaitkan untuk mengemudi Paris Saint-Germain, Juventus dan Bayern Munich.

Beliau juga terbuka apabila dilaporkan cuba dipancing oleh Tottenham Hotspur pada awal tahun lalu ekoran spekulasi mengaitkan Mauricio Pochettino dengan gergasi Sepanyol itu ekoran pemecatan Santiago Solari.

Bagaimanapun, semua itu berakhir apabila Real memilih untuk melantik semula Zinedine Zidane sebagai jurulatih baharu mereka.

Peluang Mourinho untuk kembali ke Madrid kembali terbuka ketika ini apabila Zidane menerima tekanan hebat daripada para peminat ekoran krisis prestasi pasukan itu.

Namun, pihak pengurusan Real masih menaruh sepenuh keyakinan kepada jurulatih dari Perancis itu selepas beliau merupakan jurulatih ketiga dilantik Real untuk musim lalu sahaja selepas Julen Lopetegui dan Solari.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*