Rozaimi akui bukan mudah kembali beraksi di padang

Penyer4ng Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Rozaimi Abd Rahman mengakui bukan mudah untuk membuktikan kembali keupayaannya beraksi dalam kesebelasan utama selepas bergelut dengan kec3deraan akibat kem4langan empat tahun lalu.

Bekas pemain Sabah itu, terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan beraksi dalam skuad utama musim ini termasuk diturunkan dalam perlawanan penting aksi separuh akhir Piala Cabaran dan terbaru, final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jumaat lalu.

Namun, pemain yang pernah disenaraikan dalam 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012 ini masih belum berpuas hati dengan prestasinya sambil menyifatkan dirinya sedang berusaha untuk mendapatkan kembali momentum di atas padang.

Ketua jurulatih, Ervin Boban juga tidak menolak Rozaimi sedikit sebanyak masih lagi terkesan dengan kec3deraan ketika menilai aksinya berdepan UKM FC tempoh hari.

Selepas kem4laangan pada tahun 2015, memang saya makan masa untuk betul-betul sembuh dan bukan mudah untuk kembali cergas seperti sebelum ini.

Apabila dapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama, saya akan buktikan sedaya upaya kemampuan yang ada tetapi semua itu bukan senang kerana perlu bersaing juga dengan pemain lain.

Memang saya tidak berpuas hati lagi dan masih banyak kerja rumah yang perlu dibuat untuk mendapatkan momentum itu dan saya tidak boleh selesa dengan prestasi sekarang ini, kata Rozaimi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*