The Reds tetap hormati Sheffield

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan memandang mudah kemampuan pendatang baharu, Sheffield United apabila kedua-dua pasukan bakal melakukan perhitungan dalam aksi ketujuh Liga Perdana England (EPL) di Bramall Lane malam ini.

Ini kerana Klopp sedar Sheffield berjaya mempamerkan peningkatan yang besar sejak skuad bimbingan Chris Wilder itu dinaikkan pangkat ke EPL. Justeru, pengendali dari Jerman itu enggan melihat pertemuan malam ini sebagai satu tugas yang mudah meskipun The Reds dilabelkan sebagai pasukan pilihan.

“Apa yang kami mahukan adalah berjuang bermati-matian demi pasukan.

“Kami mempunyai tugas yang besar dalam saingan liga yang sangat mencabar. Semua orang fikir kami akan menamatkan saingan sebagai juara atau berada di tempat kedua, tetapi buat masa ini kami perlu bermain dengan baik untuk sampai ke tahap tersebut.

“Pada dasarnya kami tidak memikirkan perkara itu kerana dalam kepala kami ketika ini hanyalah bermain untuk menang,” kata Klopp.

Sementara itu, pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold optimis pasukannya mampu mencatat kemenangan ke-16 berturut-turut dengan menundukkan Sheffield.

“Sudah pastinya kemenangan ke-15 berturut-turut sebelum ini adalah satu perkara yang boleh dibanggakan, namun kami perlu terus berjuang untuk mencapai lebih daripada apa yang telah dilakukan sekarang,” jelasnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*